Isnin, 2 Jun 2014

Definisi Batik

Batik berasal dari kata Jawa "amba" yang bermakna menulis, dan "nitik" yang bermakna membuat titik. Batik merujuk kepada kain yang mempunyai corak yang terang dan menarik. Batik terdapat dalam pelbagai bentuk, antaranya adalah batik tulis, batik skrin, batik celup, dan batik terap. Teknik batik telah diketahui lebih seribu tahun, kemungkinannya berasal dari Mesir kuno atau Sumeria. Ia terdapat di beberapa negara di Afrika Barat seperti Cameroon, Mali dan Nigeria; atau di Asia, seperti Bangladesh, India, Indonesia, Iran, Malaysia, Sri Lanka dan Thailand. Batik telah menjadi sebahagian daripada budaya dunia terutama di alam Melayu, dan sejak lama yang merangkumi negara-negara Asia Tenggara.



Pengertian Batik Tulis

Perkataan batik merujuk kepada proses menghasilkan kain dengan menggunakan teknik terapan lilin bagi menghasilkan reka corak yang kemudian dicelup dengan pelbagai warna yang menarik. Reka corak serta penggunaan bahan-bahan baru telah menyemarakkan lagi pengeluaran batik. Batik yang dihasilkan di negara ini telah berjaya menembusi dunia fesyen antarabangsa. Kebiasaannya reka corak dan motif-motif batik diinspirasikan dari alam semula jadi seperti flora dan fauna yang kemudiannya digabung dengan corak-corak geometri atau abstrak. Reka corak batik ini diaplikasikan ke atas batik menggunakan teknik canting, batik blok dan batik sutera saring. Di Malaysia kini batik telah diangkat sebagai salah satu daripada seni warisan bangsa yang menjadi kebanggaan negara. Perusahaan batik dipercayai bermula pada awal abad ke 12 iaitu di Kepulauan Jawa dan kemudiannya berkembang ke Semenanjung Tanah Melayu, khususnya di Kelantan dan Terengganu. Semenjak itu seni kemahiran batik terus berkembang ke negeri-negeri lain di Malaysia. Batik di negara ini dihasilkan dengan teknik dan reka corak yang beridentitikan Malaysia. Kini Malaysia menjadi salah sebuah negara pengeluar utama batik di dunia yang mengiktiraf kehalusan dan kemahiran kerja tangan pengeluar batik tempatan.






Jenis-Jenis Batik

Batik Blok

Batik blok merupakan antara teknik pembuatan batik yang terawal di negara. Blok yang diperbuat daripada sebongkah kayu atau logam diukir dengan motif-motif bersesuaian untuk mengecap kain yang dikenali scbagai batik blok atau cop. Selain daripada kain kapas, penggunaan kain sutera dan organza dalam pengeluaran batik blok telah menghasilkan tekstil batik yang sesuai untuk rekaan fesyen, perhiasan serta kelengkapan rumah yang eksklusif. Batik Canting Dikenali juga sebagai batik lukis. Proses batik bermula dangan lilin cair dilakar menggunakan canting dan diwarna mengikut kesesuaian reka corak. Selain dari kain kapas, kain rayon, voile, organza dan sutera turut digunakan. Reka corak yang menarik dengan pilihan warna yang ceria menampilkan batik bukan sahaja sesuai untuk fesyen pakaian malah boleh juga dijadikan sebagai kelengkapan dan hiasan rumah serta hadiah dan cenderamata yang eksklusif. Batik Skrin Dikenali juga sebagai batik stensil atau batik sutera saring. Batik jenis ini merujuk kepada teknik lakaran corak dan terapan warna dilakukan di atas skrin yang diperbuat daripada poliester diregang di atas pemidang. Motif-motif dilukis atas skrin yang telah ditetapkan ukurannya. Kebiasaannya beberapa keping pemidang dengan reka corak yang berbeza disediakan. Ini adalah kerana satu pemidang hanya untuk satu warna sahaja. Skrin kemudian dilekapkan di atas sehelai kain putih bagi melakukan proses pewarnaan. Proses pewarnaan ini dilakukan beberapa kali bagi melengkapkan corak dan warna sehelai kain batik.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan