Khamis, 3 Julai 2014

JABATAN TEKSTIL


 PENSYARAH


PROF. MADYA MUSTAFFA HALABI BIN HJ AZAHARI
      
DR BASITAH BT TAIF



EN DANURI BIN SAKIJAN




              EN AZMAN MOHAMED


PN. HABIBAH HJ ABD JABBAR
 
PN. ELLIZA HASHIM




PN. FARADIBA LIANA NASER
EN. RAHMAN ROSMAN
            
EN. RAINAL HIDAYAT WARDI
EN. MOHD AZHAR SAMIN
PN. JUITA

PN. RUSMAWATI GHAZALI
PN. SITI HERNIDA MOHD SOM
PROF. MADYA SULAIMAN ABD GHANI


DR. SUZANNE STANKARD

Selasa, 24 Jun 2014

tenunan

SEJARAH TENUNAN

Perkembangan tenunan di Malaysia dipercayai berkaitan dengan pendatang yang kebanyakannya terdiri dari pedagang-pedagang. Pedagang-pedagang dari Jawa, Kepulauan Maluku, Borneo dan Bugis telah memperkenalkan beberapa jenis kain tenunan. Beberapa corak tenunan yang dihasilkan di Terengganu dan di Kelantan misalnya telah diberi nama seperti tempat asal pedagang-pedagang tersebut. Dengan ini terdapat tenunan corak Samarenda (Borneo Timur), corak Bugis dan corak Palembang. Tenunan ini termasuk juga kain corak Muar dari Johor. Tenun biasa ialah tenunan yang menghasilkan kain yang sering digunakan oleh golongan masyarakat biasa, terutama tenunan yang dibuat dari bahan benang kapas.

Benang sutera juga digunakan tetapi harganya lebih mahal dari tenunan benang kapas. Tenunan kapas juga dipercayai merupakan tenunan pertama yang wujud di Kelantan dan ia lebih dikenali sebagai kain tenun balas dan setuli benang. Corak-coraknya juga sederhana disebabkan benang-benang masih terbatas warnanya. Pada masa yang sama iaitu kira-kira pada awal abad ke -18, masyarakat telah mengenali kain cindai, kain Bugis dan kain Acheh. Akan tetapi penenun tempatan mencipta corak-corak dengan menyusun benang-benang pada anian tanpa meniru kain-kain yang didatangkan dari luar. Pengertian Tenun merupakan salah satu saranai seni yang patut dilestarikan.

Kain tenun kerap menjadi pakaian yang digunakan untuk melakukan upacara adat. Contoh daerah yang menggunakan kain tenun sebagai pakaian adat. Antara lain, kaintenun sasak dan kain tenun bayan dari Lombok, kain tenun grinsing dari Bali dan juga masih banyak daerah lainnya. Tenun adalah kegiatan menenun kain dari helaian benang pakan dan benang lungsin yang sebelumnya diikat dan dicelupkan kedalam zat pewarna alami.Adapun beberapa teknik menenun yang dikenal oleh masyarakat Indonesia, iaitu teknik tenun datar, tenun ikat dan teknik benang tambah. Ia merupakan proses menjalin helaian benang sama ada benang kapas atau emas secara berselang seli sehingga menjadi sehelai kain. songket Songket merupakan sejenis kain yang biasanya ditenun dengan mesin tradisional, dan mempunyai corak rumit benang emas atau perak. Perkataan songket bermaksud membawa keluar atau menarik benang daripada kain atau menenun menggunakan benang emas dan perak. Dari segi sejarah, ia hanya dipakai golongan bangsawan - keluarga kerabat diraja dan orang besar negeri. Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang pembesar. Ia telah terkenal di Malaysia dan Indonesia sejak abad ke-13 yang lampau. Songket punya nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik warisan agung. Selain mengangkat martabat si pemakai, motif dan warna tenunan songket melambangkan kedudukan seseorang.

Susunan Motif Songket

 1. Susunan bunga penuh corak penuh bersulam juga dikenali songket cuban. Motif benang emas dan perak      ditenun memenuhi keseluruhan kain.

2. Susunan bunga tabur corak ditenun secara bertaburan dan tidak terikat atau berangkai antara satu sama lain. Motif bunga yang ditenun ialah bunga tanjung, bunga buah cermai, bunga buah kesemak dan  lain-lain.Taburan pada kain songket juga dilengkapi dengan garisacorak di kepala dan kaki kain.

3. Susunan bercorak susunan motif dibuat secara jaluran berdiri atau melintang. Proses Tenunan Songket Bahan dan Alat Benang dan pewarna ialah bahannya. Alatnya pula terdiri daripada kek tenunan, kek mengarat, rahak, peleting buluh (bobbin), lidi daun kelapa, papan gulung, anak kayu, dua belira, sikat dan jentera, jarum culik, batang anak kayu, kayu karat, benang losen, lidi nibung atau buluh, benang batang bunga songket, darwin pakan, darwin benang emas, cuban, torak pakan, torak benang emas dan sumbi. Teknik dan Proses Setelah benang dibersihkan dan dimasukkan ke dalam pencelup warna, ia dibilas dengan air dan dijemur hingga kering.

Lapan proses lagi yang terlibat sebelum sesuatu tenunan boleh disiapkan

1. Melerai
 Benang yang telah kering dimasukkan ke dalam sejenis alat yang bernama rahak untuk diputarkan pada satu alat yang bernama peleting. Proses ini dipanggil melerai. Terdapat dua jenis rahak, iaitu darwin pakan dan darwin emas. Darwin pakan digunakan untuk benang pakan sahaja. Ia diperbuat daripada buluh dan tali atau rotan. Darwin emas pula digunakan untuk benang emas sahaja dan diperbuat daripada kayu atau dawai kerana benang emas kasar dan berat.

 2. Menganing 
 Benang yang telah menjalani proses melerai dimasukkan ke dalam alat menganing untuk menentukan ukuran panjang benang yang hendak dimuatkan pada alat ini. Biasanya segulung benang pakan atau seloseng yang berukuran 26 - 31 m boleh menghasilkan 12 - 14 helai kain.

 3. Menggulung
Benang yang telah dianing akan digulung pada papan gulung mengikut lebar gigi jentera dan panjang losen pada papan gulung yang hendak dipasung. Losen ialah benang yang memanjang pada kek. Kedudukan benang perlu diperiksa setiap tiga kali menggulung untuk memastikan susunan kemas.

 

 4. Menyampuk
 Menyampuk ialah proses memasukkan benang losen ke dalam gigi jentera atau sikat. Biasanya, proses ini dilakukan di dalam kek mengarak supaya senang untuk menyampuk benang kepada jentera. Setiap lubang sikat disusukan dua urat benang losen. Pada kedua belah hujung sikat itu disusukkan empat urat benang supaya tepi kain tidak terkoyak apabila disangkutkan pada kayu sumbi kain. Sumbi kain ialah sebatang anak kayu yang mempunyai paku di kedua-dua belah hujungnya. Sumbi kain menjaga tepi kain tenun supaya sama jarak dan tidak berkedut.

 5. Menghubung
Menghubung ialah proses menyambungkan benang daripada losen kepada benang yang tertinggal pada jentera. Cara ikatannya dipanggil ubung tindas. Proses ini bertujuan menyambungkan benang losen untuk menenun. Meja kecil dinamakan meja hidangan berukuran 10 cm panjang, 8 cm lebar dan 20 cm digunakan untuk menghubung.

 6. Mengarak
 Kerja mengarak dilakukan setelah selesai proses menyampuk. Mengarak dilakukan dengan melilit benang asing atau benang karat kepada kayu karat, termasuk benang losen. Jumlah karat yang digunakan biasanya hanya dua karat dan setiap karat mempunyai empat batang anak kayu

 7. Menyolek
 Kerja menyolek bunga merupakan kerja yang paling rumit dalam proses menenun kain songket. Cara menyolek reka corak adalah dengan menyusulkan lidi-lidi buluh pada benang losen yang dikehendaki. Biasanya kain songket ditenun dengan teknik tekat tiga atau tekat lima. Jika menggunakan tekat lima, setiap lima unit benang losen, satu benang alas ditolak ke bawah dan benang-benang alas ini disengkang pula dengan belira. Setelah benang losen berada di atas, barulah kamu boleh menyolek dalam pelbagai corak pada benang losen dengan menggunakan lidi buluh. Belira dimasukkan pada setiap lidi buluh tadi mengikut giliran. Belira ditegakkan untuk menyenangkan ikatan benang butang. Butang-butang inilah yang akan menjadikan corak atau motif bunga di atas kain songket. Apabila selesai proses menyongket, benang losen bersama karat-karatnya ditukar ke kek tenun untuk ditenun agar menjadi kain songket.




 8. Menenun
 Menenun adalah proses terakhir, iaitu benang losen dipangkah oleh benang pakan untuk dijadikan kain. Bagi kain songket bercorak penuh, benang emas dilayarkan melalui torak benang emas untuk menghasilkan sulaman motif bunga atau hiasan reka corak penuh. Bagi kain songket corak melintang atau corak bunga bertabur, benang emas dilayarkan melalui cubaan untuk mendapatkan motif-motif yang dikehendaki. Lazimnya selepas satu benang emas dilayarkan, ia dikepuh (beat) dan diikuti pula dengan melayarkan dua benang pakan. Penenun akan menukarkan benang butang mengikut giliran dan corak yang telah ditentukan. Proses ini diulangi sehingga menghasilkan sehelai kain songket.

 

Isnin, 2 Jun 2014

Definisi Batik

Batik berasal dari kata Jawa "amba" yang bermakna menulis, dan "nitik" yang bermakna membuat titik. Batik merujuk kepada kain yang mempunyai corak yang terang dan menarik. Batik terdapat dalam pelbagai bentuk, antaranya adalah batik tulis, batik skrin, batik celup, dan batik terap. Teknik batik telah diketahui lebih seribu tahun, kemungkinannya berasal dari Mesir kuno atau Sumeria. Ia terdapat di beberapa negara di Afrika Barat seperti Cameroon, Mali dan Nigeria; atau di Asia, seperti Bangladesh, India, Indonesia, Iran, Malaysia, Sri Lanka dan Thailand. Batik telah menjadi sebahagian daripada budaya dunia terutama di alam Melayu, dan sejak lama yang merangkumi negara-negara Asia Tenggara.



Pengertian Batik Tulis

Perkataan batik merujuk kepada proses menghasilkan kain dengan menggunakan teknik terapan lilin bagi menghasilkan reka corak yang kemudian dicelup dengan pelbagai warna yang menarik. Reka corak serta penggunaan bahan-bahan baru telah menyemarakkan lagi pengeluaran batik. Batik yang dihasilkan di negara ini telah berjaya menembusi dunia fesyen antarabangsa. Kebiasaannya reka corak dan motif-motif batik diinspirasikan dari alam semula jadi seperti flora dan fauna yang kemudiannya digabung dengan corak-corak geometri atau abstrak. Reka corak batik ini diaplikasikan ke atas batik menggunakan teknik canting, batik blok dan batik sutera saring. Di Malaysia kini batik telah diangkat sebagai salah satu daripada seni warisan bangsa yang menjadi kebanggaan negara. Perusahaan batik dipercayai bermula pada awal abad ke 12 iaitu di Kepulauan Jawa dan kemudiannya berkembang ke Semenanjung Tanah Melayu, khususnya di Kelantan dan Terengganu. Semenjak itu seni kemahiran batik terus berkembang ke negeri-negeri lain di Malaysia. Batik di negara ini dihasilkan dengan teknik dan reka corak yang beridentitikan Malaysia. Kini Malaysia menjadi salah sebuah negara pengeluar utama batik di dunia yang mengiktiraf kehalusan dan kemahiran kerja tangan pengeluar batik tempatan.






Jenis-Jenis Batik

Batik Blok

Batik blok merupakan antara teknik pembuatan batik yang terawal di negara. Blok yang diperbuat daripada sebongkah kayu atau logam diukir dengan motif-motif bersesuaian untuk mengecap kain yang dikenali scbagai batik blok atau cop. Selain daripada kain kapas, penggunaan kain sutera dan organza dalam pengeluaran batik blok telah menghasilkan tekstil batik yang sesuai untuk rekaan fesyen, perhiasan serta kelengkapan rumah yang eksklusif. Batik Canting Dikenali juga sebagai batik lukis. Proses batik bermula dangan lilin cair dilakar menggunakan canting dan diwarna mengikut kesesuaian reka corak. Selain dari kain kapas, kain rayon, voile, organza dan sutera turut digunakan. Reka corak yang menarik dengan pilihan warna yang ceria menampilkan batik bukan sahaja sesuai untuk fesyen pakaian malah boleh juga dijadikan sebagai kelengkapan dan hiasan rumah serta hadiah dan cenderamata yang eksklusif. Batik Skrin Dikenali juga sebagai batik stensil atau batik sutera saring. Batik jenis ini merujuk kepada teknik lakaran corak dan terapan warna dilakukan di atas skrin yang diperbuat daripada poliester diregang di atas pemidang. Motif-motif dilukis atas skrin yang telah ditetapkan ukurannya. Kebiasaannya beberapa keping pemidang dengan reka corak yang berbeza disediakan. Ini adalah kerana satu pemidang hanya untuk satu warna sahaja. Skrin kemudian dilekapkan di atas sehelai kain putih bagi melakukan proses pewarnaan. Proses pewarnaan ini dilakukan beberapa kali bagi melengkapkan corak dan warna sehelai kain batik.






Isnin, 21 April 2014

Definisi tekstil

Tekstil adalah material fleksibel yang diperbuat dari tenunan benang. Tekstil dibentuk dengan cara penyulaman, penjahitan, pengikatan, dan cara pressing. Istilah tekstil dalam pemakaiannya sehari-hari sering disamakan dengan istilah kain. Namun ada sedikit perbedaan antara dua istilah ini, tekstil dapat digunakan untuk menyebut bahan apapun yang dibuat dari tenunan benang, sedangkan kain merupakan hasil jadinya, yang sudah boleh digunakan.

Definisi Serat

Serat ialah suatu jenis bahan berupa potongan-potongan yang membentuk jaringan memanjang yang utuh ataupun kuat. serat yang paling sering dijumpai disekitar kita iaitu kain. Bahan ini sangat penting dalam kehidupan kita, baik haiwan mahupun tumbuhan sebagai keperluan tubuh kita sendiri. Manusia menggunakan serat dalam banyak hal,seperti membuat tali, kain, kertas dan lain-lain. Serat dapat digolongkan menjadi dua jenis iaitu serat alami dan serat sintetis (serat buatan manusia). Serat sintetis dapat diproduksi secara murah dalam jumlah yang besar .Serat alami memiliki kelebihan khususnya karana dibuat dari tumbuhan dan haiwan.

Jenis-Jenis Serat

1.Serat Kapas iaitu serat alami(tumbuhan) yang mudah didapati dan harganya terjangkau,karena seratnya itu sesuai dan boleh dipakai oleh semua kalangan masyarakat.serat kapas sangat penting di industri tekstil karana bahannya mudah didapati,sangat kuat,sifat kapas yang kurang kenyal yang menyebabkan kapas mudah kusut.kapas itu dipintal dan kemudian manjadi benang,akhirnya ditenun menjadi kain. industri tekstil banyak mengandalikan kapas menjadi bahan utama. kapas sangat penting terutama kepada para perancang busana.

2.Serat Jute iaitu serat alami(tumbuhan) yang paling banyak digunakan sebagai keperluan hidup manusia.serat ini dibuat dari semua jenis batang kulit pohon.jute ini banyak digunakan untuk membuat tali,kertas,karpet,gorden,dan juga pelapis kursi mebel.serat jute ini banyak juga dipakai di perindustrian tekstil.

3.Serat Flax iaitu serat alami(tumbuhan)yang sangat penting setelah wol dan kapas.serat flax biasanya diolah menjadi industri linen.serat flax sukar didapati tidak semudah wol atau kapas tetapi kualiti flax sangat diperhitungkan oleh industri tekstil zaman sekarang, maka dari itu tidak sedikit perancang yang menggunakan bahan dari flax.meskipun banyak yang masih menimbang-nimbang untuk membuat pakaian.

4.Serat Rami iaitu serat alami(tumbuhan)yang dihasilan oleh tanaman rami.yang kulit batangnya banyak digunakan untuk baku tekstil.serat rami juga boleh dipintal menjadi benang yang akan dirajut menjadi kain.karakternya sama dengan kapas,tapi rami lebih berkilap,kuat,jauh dari bakteria dan dapat menyerap air dengan sangat baik.serat rami sangat digemari oleh perancang karana teksturnya yang sesuai dan baik digunakan untuk pelbagai jenis busana.

5.Serat Wol iaitu serat alami(tumbuhan)yang dihasilkan dari haiwan bernama domba.serat ini sudah dikenali sejak zaman belanda.kain yang menggunakan serat wol dapat menghangatkan pemakainya yang di iklim sangat dingin. Karena diperbuat dari serat yang dapat menyamankan pemakainya,agar si pemakai tidak kedinginan sehingga serat wol banyak digunakan untuk pakaian hangat khususnya didaerah dingin.

6.Serat Sutera iaitu serat alami(tumbuhan)yang dihasilkan oleh ulat-ulat sutera yang nantinya menjadi kepompong kemudian serat suteranya dililitkan dengan mesin pemintal yang nanti menjadi benang dan ditenun menjadi kain.serat alami ini memiliki hasil yang sangat halus dan sangat berkilau serta sangat menarik dan peminatnya sangat ramai,maka harga dari serat tersebut termasuk sangat mahal.ulat yang menghasilkan sutera hanya ulat sejenis sutera tidak sedikit pula penggemar dari kain sutera. ianya dijamin tidak mengecewakan bagi yang membelinya.

Tekstil dan Produk Tekstil

Pertumbuhan industri tekstil dan pakaian Malaysia telah dipertingkatkan pada awal tahun 1970an apabila negara melancarkan program perindustrian berorientasi eksport. Dengan eksport bernilai RM9.3 bilion dan import sebanyak RM5.2 bilion, ia menjadikan Malaysia pengeksport bersih tekstil dan produk-produk tekstil. Terdapat 670 syarikat berlesen dalam pengeluaran dengan pelaburan RM8.3 bilion. Industri ini menggaji lebih 68,000 pekerja Ketika ini, industri berkenaan merangkumi berbagai-bagai aktiviti bersepadu yang terdiri daripada pempolimeran dan pengeluaran gentian buatan, pemintalan, pengteksturan, penenunan, kait, pewarnaan, cap dan kemasan yarn dan fabrik; pengilangan pakaian-pakaian dan barang-barang buatan tekstil lain seperti permaidani, cadar dan alas meja dan tali. Industri ini juga meliputi pengilangan fabrik bukan tenunan bagi produk-produk penjagaan diri, pakaian beli siap, perabot dan cadar serta aplikasi dalam pembinaan dan kejuruteraan.